Berjaya mencipta fenomena dengan lagu raya berjudul Alamak Raya Lagi! kumpulan De Fam mengakui tidak menjangkakan single terbaharu mereka itu tular sehingga ke luar negara dan menjadi trend terkenal di aplikasi TikTok.
Tak sangka tular
Menurut De Fam yang dianggotai oleh Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis, lagu tersebut sebenarnya dicipta berdasarkan Raya ‘terkejut’ tahun 2022 dan sepatutnya dikeluarkan pada tahun lalu. Namun, atas beberapa sebab, lagu Alamak Raya Lagi! terpaksa disimpan dan dikeluarkan pada tahun ini.
“Secara jujurnya kami tak jangkakan apa-apa untuk lagu ni, dan kami dah simpan lagu raya ni lama sebenarnya, dah setahun.
“Sepatutnya lagu ni dikeluarkan tahun lepas, sebab lagu ni berdasarkan Raya ‘terkejut’ tahun 2022. Tapi disebabkan ada banyak perkara yang tak sepatutnya terjadi tahun 2023, jadi kami terpaksa simpan lagu ni sampai ke 2024.
“Alhamdulillah, lagu ni viral sampai ke luar negara, di mana kami memang tak jangkakan langsung dan kami hanya nak ucap terima kasih kepada yang menyokong,” kata Azira.
Kritikan penggunaan kata 'Alamak'
Mengulas lebih lanjut tentang kritikan netizen terhadap penggunaan perkataan ‘Alamak’ dalam judul lagu yang dianggap kurang senang untuk segelintir pihak, De Fam menyatakan penggunaan kata ‘Alamak’ itu adalah untuk menggambarkan suasana kecoh dan kelam kabut ketika menyambut perayaan Aidilfitri.
“Kita menceritakan sketsa bila kita kelam-kabut dekat kampung, nak buat kuih raya, sampin hilang ke Hari Raya pertama tu, sebenarnya ia hanya untuk menceritakan apa yang terjadi pada Hari Raya.
“Kadang-kadang kita kalut pagi-pagi tu, perkara-perkara macam tu. Penggunaan kata tu bukanlah sesuatu yang ‘mendalam’ dan ia sebenarnya cerita yang sangat biasa terjadi dalam kalangan kita,” ujar Sophia.
Lirik 'Tapi wifi macam ba...'
Dalam pada itu, De Fam ketika disoal tentang bait-bait lirik dalam lagu berkenaan yang dikatakan terselit unsur-unsur carutan menjelaskan, ia terpulang kepada pemahaman pendengar sama ada mahu mengambil perkara itu secara positif ataupun negatif.
“Ramai yang cakap lirik tu macam mencarut, tapi kami tak mencarut, kami tak cakap apa-apa. Siapa yang terfikir secara negatif tu, tak boleh nak buat apa, tapi perkara tu ada maksud di sebaliknya,” terang De Fam.
Sekadar info, video muzik lagu Alamak Raya Lagi berjaya meraih 10 juta tontonan di YouTube sejak dikeluarkan pada 7 Mac lalu.
Lagu tersebut turut melahirkan satu trend di aplikasi TikTok yang meraih perhatian ramai pihak sehingga menjadi ikutan kumpulan wanita dari Korea Selatan, TRI.BE. - Gempak
Gempak
Wed Apr 10 2024
Mideo muzik lagu Alamak Raya Lagi berjaya meraih 10 juta tontonan di YouTube sejak dikeluarkan pada 7 Mac lalu. - Gambar Gempak
Spotify Car Thing tidak lagi boleh digunakan selepas 9 Disember
Selepas tarikh tersebut, ia tidak lagi boleh digunakan untuk menstrim muzik daripada Spotify di dalam kenderaan.
AWANI Ringkas: Keputusan SPM 2023 Isnin ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hening, pilu iringi penerbangan pulang jenazah Sarjan Faridah
Majlis Penghormatan Jenazah Allahyarham Faridah dilaksanakan mengikut tradisi ketenteraan oleh pihak UNIFIL bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri.
Berita ADUN Sungai Bakap kritikal tidak benar - Pas Pulau Pinang
Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff menafikan dakwaan mengenai keadaan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang dikatakan sedang kritikal.
Protes Gaza: Pelajar Oxford ditahan kerana protes Gaza di universiti
Polis Britain menahan 16 individu kerana disyaki melakukan pencerobohan di Universiti Oxford pada Khamis, selepas penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di pejabat naib canselor universiti.
5 ahli keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ditahan bawah Sosma
Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Kemenangan Piala FA mampu selamatkan musim buruk Manchester United
Erik ten Hag percaya kemenangan dalam aksi Piala FA menentang Manchester City pada Sabtu boleh menyelamatkan musim buruk pasukan itu.
CEROBOHOXPORD_WEB
Polis Britain menahan 16 individu kerana disyaki melakukan pencerobohan di Universiti Oxford pada Khamis, selepas penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di pejabat naib canselor universiti.
Musim haji: Makkah Route permudah urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada Inisiatif Makkah Route yang kini memasuki tahun keenam.
Ibu-bapa perlu elak dari mencium mulut anak
Ibu-bapa perlu mengelakkan diri daripada perbuatan mencium mulut anak meskipun ia sebagai tanda menzahirkan kasih sayang.
Menurut pakar psikologi SEGi university, Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor, ini kerana perbuatan tersebut berkemungkinan mendorong kepada pembentukan sifat kanak-kanak yang menganggap perkara itu sebagai perkara biasa, sehingga melakukannya kepada orang lain.
Menurut pakar psikologi SEGi university, Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor, ini kerana perbuatan tersebut berkemungkinan mendorong kepada pembentukan sifat kanak-kanak yang menganggap perkara itu sebagai perkara biasa, sehingga melakukannya kepada orang lain.
Lagu viral sampai luar negara, De Fam kongsi cerita di sebalik single Alamak Raya Lagi!
De Fam mengakui tidak menjangkakan single terbaharu mereka itu tular sehingga ke luar negara dan menjadi trend terkenal di aplikasi TikTok.
'Alamak Raya Lagi' satu lagu yang bagus, harap peminat sokong De Fam - Aina Abdul
Dalam kegembiraan mendengar karya artis tempatan timbul pula isu lagu nyanyian De Fam itu seperti tidak bersyukur dengan hari perayaan Aidilfitri.